Electrolux EWW12580W Benutzerhandbuch

Typ
Benutzerhandbuch
manual pengguna
Mesin basuh-pengering
EWW 12580 W
Electrolux. Thinking of you.
Kongsi lebih banyak pemikiran kami di www.electrolux.com
Kandungan
Maklumat keselamatan 2
Perihalan produk 4
Panel kawalan 6
Penggunaan pertama 8
Pemperibadian 8
Penggunaan harian 8
Penggunaan - Pengeringan 12
Petua berguna 13
Petua Pengeringan 15
Program membasuh 16
Program Pengeringan 19
Penjagaan dan pembersihan 19
Langkah yang harus diambil sekiranya...
23
Data teknikal 26
Nilai penggunaan 27
Pemasangan 27
Sambungan elektrik 30
Pertimbangan persekitaran 31
Tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Maklumat keselamatan
Penting Baca dengan teliti & simpan untuk
rujukan masa hadapan.
Keselamatan perkakas anda mematuhi
piawaian industri dan keperluan undang-
undang mengenai keselamatan perka‐
kas. Walau bagaimanapun, sebagai pe‐
ngilang, kami merasakan adalah menjadi
tanggungjawab kami untuk menyediakan
nota keselamatan berikut.
Adalah paling penting bahawa buku ara‐
han ini disimpan bersama perkakas un‐
tuk rujukan masa hadapan. Sekiranya
perkakas ini dijual atau dipindahkan ke‐
pada pemilik lain, atau sekiranya anda
pindah rumah dan meninggalkan perka‐
kas ini, sila pastikan bahawa buku ini di‐
sediakan bersama perkakas supaya pe‐
milik barunya dapat mengenali kefungsi‐
an perkakas dan amaran yang berkaitan.
Anda MESTI membacanya dengan teliti
sebelum memasang atau menggunakan
perkakas.
Sebelum menghidupkannya untuk kali
pertama, periksa perkakas untuk seba‐
rang kerosakan yang mungkin berlaku
semasa pengangkutan. Jangan sam‐
bungkan perkakas yang rosak. Jika ada
bahagian yang rosak, hubungi pembekal
anda.
Jika perkakas dihantar dalam bulan-bu‐
lan musim sejuk semasa terdapat suhu
minus. Simpannya pada suhu bilik sela‐
ma 24 jam sebelum menggunakannya
untuk kali pertama.
Keselamatan umum
Adalah merbahaya untuk mengubah
spesifikasi atau cuba mengubah suai
produk ini dalam apa-apa cara sekali
pun.
Semasa program basuh bersuhu tinggi,
kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan
sentuh!
Pastikan haiwan peliharaan tidak me‐
manjat masuk ke dalam dram. Untuk me‐
ngelak perkara ini daripada berlaku, sila
periksa dalam dram sebelum mengguna‐
kan alat ini.
Apa-apa objek seperti duit syiling, pin da‐
wai, paku, skru, batu atau apa-apa benda
keras dan tajam boleh menyebabkan ke‐
rosakan yang besar dan tidak boleh di‐
masukkan ke dalam mesin.
Hanya gunakan kuantiti pelembut fabrik
dan detergen yang disarankan. Kerosa‐
kan kepada fabrik boleh berlaku sekira‐
nya anda memuatnya secara berlebihan.
Rujuk cadangan kuantiti daripada pengi‐
lang.
Basuh item kecil seperti sarung kaki, les,
tali pinggang boleh basuh dll dalam beg
basuh atau sarung bantal kerana item
sedemikian boleh termasuk ke dalam
ruang antara tab dan dram dalaman.
2 electrolux
Jangan gunakan mesin basuh anda un‐
tuk membasuh item yang mempunyai tu‐
lang ikan paus, pakaian tanpa kelepet
atau kain yang telah koyak.
Sentiasa cabut plag perkakas dan mati‐
kan bekalan air setelah digunakan, mem‐
bersih dan menyelenggara.
Anda tidak boleh cuba memperbaiki alat
ini sendiri, walau dalam keadaan apa se‐
kali pun. Pembaikan yang dijalankan
oleh orang yang tidak berpengalaman
boleh menyebabkan kecederaan atau
malfungsi yang serius. Harap hubungi
Pusat Servis setempat. Sentiasa tegas‐
kan anda menghendaki alat ganti yang
tulen.
Pemasangan
Perkakas ini berat. Hendaklah berjaga-
jaga semasa memindahkannya.
Apabila mesin dikeluarkan daripada
bungkusannya, harap periksa dan pasti‐
kan tidak ada kerosakan. Jika berasa ra‐
gu, jangan gunakannya dan hubungilah
Pusat Servis.
Semua bolt pengangkutan dan bahan
pembungkusan mesti dikeluarkan sebe‐
lum penggunaan. Kerosakan serius bo‐
leh berlaku kepada produk dan kepada
harta jika tidak mematuhi perkara ini. Li‐
hat bahagian yang relevan dalam manual
pengguna ini.
Setelah memasang perkakas ini, periksa
bahawa ia tidak berdiri di atas hos salur
masuk dan salur keluar dan permukaan
kerja tidak menekan kabel bekalan elek‐
trik pada dinding.
Jika mesin diletakkan di atas lantai yang
berkarpet, sila laraskan kakinya untuk
membenarkan udara beredar dengan be‐
bas di bawah perkakas.
Sentiasa pastikan, bahawa tiada air yang
bocor daripada hos dan sambungannya
setelah pemasangan.
Jika perkakas dipasang di lokasi tempat
fros boleh terjadi, sila baca bab "bahaya
penyejukbekuan".
Sebarang kerja perpaipan yang diperlu‐
kan untuk memasang alat ini hendaklah
dilakukan oleh tukang paip bertauliah
atau orang yang kompeten.
Sebarang kerja elektrik yang diperlukan
untuk memasang perkakas ini hendaklah
dilakukan oleh juruelektrik bertauliah
atau orang yang kompeten.
Penggunaan
Mesin ini direka untuk kegunaan di ru‐
mah sahaja. Jangan gunakan untuk tuju‐
an lain daripada yang dimaksudkan.
Gunakan mesin hanya untuk membasuh
dan mengeringkan kain yang boleh diba‐
suh atau dikeringkan dengan mesin. Pa‐
tuhi arahan pada setiap label pakaian
Jangan masukkan pakaian melebihi be‐
ban yang dibenarkan bagi mesin. Lihat
Jadual Program Membasuh.
Sebelum membasuh, pastikan semua
poket dikosongkan dan butang serta zip
ditutup. Elakkan daripada membasuh
item yang berbulu atau koyak dan rawat
kotoran seperti cat, dakwat, karat dan ke‐
san rumput sebelum membasuh. Coli
berwayar bawah TIDAK boleh dibasuh
dengan mesin.
Pakaian yang telah tercemar dengan
produk petrol yang mudah meruap tidak
boleh dibasuh dengan mesin. Jika cecair
pembersihan mudah meruap digunakan,
penjagaan hendaklah diambil untuk me
mastikan bahawa cecair tersebut dike‐
luarkan daripada pakaian sebelum dima‐
sukkan ke dalam mesin.
Oleh kerana sesetengah duvet dan seli‐
mut bulu eider harus dibasuh/dikeringkan
dalam mesin komersil yang besar dise‐
babkan oleh saiznya yang besar, sila pe‐
riksa dengan pengilang item tersebut se‐
belum membasuhnya dalam mesin do‐
mestik.
Pengguna hendaklah sentiasa memerik‐
sa bahawa mereka tidak meninggalkan
pemetik api (pakai buang atau sebalik‐
nya) dalam pakaian mereka.
Jangan keringkan item yang telah ber‐
sentuhan dengan bahan kimia seperti ce‐
cair pencucian kering. Ini bersifat mudah
meruap dan boleh menyebabkan letu‐
pan. Hanya keringkan item yang telah di‐
basuh dengan air atau yang perlu diang‐
inkan.
electrolux 3
Dispenser detergen plastik tidak boleh di‐
biarkan dalam dram semasa kitaran pe
ngeringan, kerana plastik yang diguna‐
kan tidak direka bentuk untuk tahan ha‐
ba. Jika anda hendak membasuh hingga
kering anda hendaklah menggunakan la‐
ci dispenser detergen yang konvensio‐
nal.
Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan
elektrik untuk mencabut palam dari so
ketnya; sentiasa pegang dan cabut pa‐
lam itu sendiri.
Jangan gunakan perkakas baru anda jika
kabel bekalan kuasa, panel kawalan,
permukaan kerja atau tapak mesin rosak
sehinggakan bahagian dalam perkakas
dapat diakses ke dalam.
Keselamatan kanak-kanak
Alat ini tidak dimaksudkan untuk diguna‐
kan oleh orang (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya fizikal, deria atau ku‐
rang pengalaman dan pengetahuan, me‐
lainkan mereka telah diberi penyeliaan
atau arahan mengenai penggunaan per‐
kakas ini oleh orang yang bertanggung‐
jawab ke atas keselamatan mereka.
Komponen pembungkusan (misalnya la‐
pik plastik, polistirena) boleh membaha‐
yakan kanak-kanak - bahaya kelemasan!
Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.
Simpan semua detergen di tempat yang
selamat jauh daripada capaian kanak-ka‐
nak.
Pastikan kanak-kanak atau haiwan peli‐
haraan tidak memanjat masuk ke dalam
dram. Untuk mencegah kanak-kanak dan
haiwan peliharaan daripada terperang‐
kap di dalam dram, mesin ini mengandu‐
ngi satu ciri khas. Untuk mengaktifkan
peranti ini, putar butang (tanpa menekan‐
nya) di dalam pintu mengikut arah jam
sehingga alurnya mendatar. Jika perlu,
gunakan duit syiling.
Untuk menyahdayakan peranti ini dan
membolehkan pintu ditutup semula, pu‐
tar butang berlawanan arah jam sehing‐
ga alurnya menegak.
Perihalan produk
Perkakas baru anda memenuhi semua keperluan moden bagi pembasuhan kain yang
berkesan dengan penggunaan air, tenaga dan detergen yang sedikit. Sistem pem‐
basuhannya yang baru membolehkan detergen digunakan sepenuhnya dan mengu‐
rangkan penggunaan air dan dengan itu menjimatkan tenaga.
4 electrolux
1 2
3
4
5
6
1 Laci dispenser detergen
2 Panel kawalan
3 Pemegang pembuka pintu
4 Plat Kadaran
5 Pam saliran
6 Kaki boleh laras
Laci dispenser detergen
Petak untuk detergen yang digunakan
untuk fasa prabasuh dan rendaman atau
untuk pengeluar kotoran yang digunakan
semasa fasa tindakan kotoran (jika terse‐
dia). Detergen prabasuh dan rendaman di‐
masukkan pada permulaan program pem
basuhan. Pengeluar kotoran dimasukkan
semasa fasa tindakan kotoran.
Petak untuk detergen serbuk atau cecair
yang digunakan untuk pembasuhan uta‐
ma. Jika menggunakan detergen cecair,
tuangkannya sejurus sebelum memulakan
program.
Petak untuk bahan tambah cecair (pe‐
lembut kain, kanji).
Patuhi saranan pengilang produk menge‐
nai jumlah untuk digunakan dan jangan
melebihi tanda "MAX" dalam laci dispenser
detergen. Mana-mana pelembut kain atau
bahan tambah kanji mesti dituangkan ke
dalam petak sebelum memulakan program
pembasuhan.
electrolux 5
Panel kawalan
Di bawah ini adalah rajah panel kawalan. Ia menunjukkan cakera pemilih program
dan juga butang, lampu pandu serta paparan. Ia diwakili oleh nombor yang berkaitan
pada halaman berikutnya.
1 2 4 5 6 7
8
9
10
3
1 Cakera pemilih program
2 Butang SUHU
3 Butang pengurangan PUTARAN
4 Butang AUTOKERING
5 Butang MASA PENGERINGAN
6 Butang MULA TUNDA
7 Paparan
8 Butang START/PAUSE
9 Lampu pandu BILAS TAMBAHAN
10 TIME MANAGER .
Cakera Pemilih Program
Ia membolehkan anda menghidupkan/me‐
matikan perkakas dan/atau untuk memilih
program.
Suhu
Butang ini membolehkan anda menaikkan
atau menurunkan suhu pembasuhan.
Putar
Dengan menekan butang ini anda boleh
menukar kelajuan putaran bagi program
yang dipilih atau untuk memilih Tahan Bi‐
las.
Tunda bilas
Dengan memilih fungsi ini, air dari bilasan
yang terakhir tidak disalirkan, untuk menge‐
lakkan kain daripada merenyuk. Sebelum
membuka pintu, air hendaklah disalirkan.
Untuk menyalirkan air keluar, sila baca pe‐
renggan "Di akhir program".
Pilih Kering Automatik
Dengan menekan butang ini, anda boleh
memilih takat pengeringan yang dikehen‐
daki untuk kain kapas dan sintetik:
Ekstra kering (Kain kapas)
Kering simpan (Kain kapas dan Sintetik)
Kering seterika (Kain kapas)
Ikon takat pengeringan yang dipilih akan di‐
tandakan dengan garisan di atas dan di ba‐
wah takat pengeringan yang dipilih.
Masa Pengeringan
Jika anda hendak menjalankan program
pengeringan yang ditentukan masanya, te‐
kan butang ini sehingga masa pengeringan
yang anda kehendaki muncul pada papa
ran mengikut kain (kain kapas atau sintetik)
yang anda hendak keringkan. Bagi Kapas
dan Sintetik anda boleh memilih masa pe‐
ngeringan daripada 10 minit sehingga 130
minit (2.10). Setiap kali anda menekan bu
tang ini, masa pengeringan meningkat se‐
banyak 5 minit.
6 electrolux
Mula Tunda
Program boleh ditunda daripada 30 min - 60
min - 90 min, 2 jam dan kemudian sebanyak
1 jam sehingga maksimum 20 jam dengan
menekan butang ini.
Jeda Mula
Butang ini membolehkan anda untuk me‐
mulakan atau untuk mengganggu program
yang dipilih.
Pengurus Masa
Butang-butang ini membolehkan anda
mengubah suai tempoh program yang di‐
cadangkan oleh perkakas secara automa‐
tik.
Lampu pandu Bilas Tambahan
Apabila perkakas sedang menjalankan bi‐
las tambahan lampu pandu 9 menyala. Un
tuk menambah bilas tambahan, sila baca
"Pilih bilas tambahan".
Paparan
7.3 7.4 7.1
7.2
Paparan menunjukkan maklumat berikut:
7.1:
Tempoh untuk program yang dipilih
Selepas memilih program, tempoh dipa‐
parkan dalam jam dan minit (sebagai
contoh 2.05 ). Tempohnya dikira secara
automatik berdasarkan beban maksi‐
mum untuk setiap jenis kain. Selepas
program dimulakan, baki masa dikemas
kini setiap minit.
Masa pengeringan yang dipilih
Setelah memilih program pengeringan,
masa pengeringan dipaparkan dalam mi‐
nit atau dalam jam dan minit (cth. 130 min
= 2.10 ). Selepas program dimulakan,
baki masa dikemas kini setiap minit.
Mula ditunda
Tunda yang dipilih yang ditetapkan de‐
ngan menekan butang yang berkenaan
muncul pada paparan selama beberapa
saat, kemudian tempoh program yang di‐
pilih dipaparkan sekali lagi.
Kod penggera
Sekiranya masalah pengendalian berla‐
ku, beberapa kod penggera boleh dipa‐
parkan, sebagai contoh E20 (lihat pe‐
renggan "Langkah yang harus diambil
sekiranya...").
Pemilihan opsyen yang salah
Jika pilihan yang tidak serasi dengan pro‐
gram pembasuhan yang ditetapkan dipi‐
lih, mesej Err dipaparkan di bahagian ba‐
wah paparan selama beberapa saat dan
lampu merah yang bersepadu 8 mula
berkelip.
Tamat program
Apabila program telah selesai tiga sifar
berkelip dipaparkan, lampu pandu 9 dan
lampu pandu butang 8 mati dan pintu bo‐
leh dibuka.
electrolux 7
7.2: Ikon fasa program pembasuhan
Basuh
Bilas
Salir
Putar
Kering
Dengan memilih program pembasuhan,
ikon fasa program pembasuhan yang se‐
padan dengan pelbagai fasa dalam pro‐
gram ditunjukkan di bahagian bawah papa‐
ran. Setelah menekan butang 8 hanya ikon
fasa jalan tetap menyala.
7.3: Ikon tahap kekotoran
Intensif
Biasa/Harian
Ringan/Cepat
Super Pantas
Apabila memilih program pada paparan,
ikon muncul menandakan tahap kekotoran
yang dicadangkan secara automatik oleh
mesin.
7.4: Pengunci keselamatan kanak-kanak
(lihat perenggan "Pengunci keselama‐
tan kanak-kanak").
Jadual Simbol
= Kapas, = Sintetik, = Halus, =
Mudah Diseterika,
= Putar , = Salir,
= Bilas, = Program Khas, = Sutera,
= Bilas tangan, = Wul, = Program
Penjimatan Tenaga (Ekonomi),
= Pro‐
gram Pengeringan,
= Sejuk, = Tahan
Bilas,
= Kering Seterika, = Kering
Simpan,
=Kering Tambahan, = Masa
Pengeringan,
= Kunci Keselamatan Ka
nak-Kanak,
= Mula Lengah, = Bilas
Tambahan,
= Time Manager.
Penggunaan pertama
Pastikan sambungan elektrik dan air
mematuhi arahan pemasangan.
Keluarkan blok polistirena dan apa-
apa bahan daripada dram.
Sebelum pembasuhan pertama, ja‐
lankan kitaran kain kapas pada suhu
tertinggi tanpa sebarang kain dalam
mesin, untuk mengeluarkan seba‐
rang sisa daripada dram dan tab. Tu‐
angkan 1/2 sukatan detergen ke da‐
lam petak basuhan utama dan jalan‐
kan mesin.
Pemperibadian
Isyarat akustik
Mesin disediakan dengan peranti akustik,
yang mengeluarkan bunyi dalam kes beri‐
kut:
di akhir kitaran
sekiranya terdapat kerosakan.
Dengan menekan butang 4 dan 5 serentak
selama lebih kurang 6 saat , isyarat akustik
dinyahaktifkan (kecuali jika terdapat kero‐
sakan). Dengan menekan 2 butang ini se‐
kali lagi, isyarat akustik diaktifkan semula.
Pengunci keselamatan kanak-kanak
Peranti ini membenarkan anda membiar‐
kan perkakas ini tak berjaga dan tidak perlu
risau bahawa kanak-kanak mungkin terce‐
dera atau menyebabkan kerosakan kepada
perkakas. Fungsi ini tetap didayakan wa‐
laupun mesin pembasuh tidak berjalan.
Terdapat dua cara untuk menetapkan pili‐
han ini:
1. Sebelum menekan butang 8 : mustahil
untuk memulakan mesin.
2. Setelah menekan butang 8 : mustahil
untuk menukar sebarang program atau
pilihan lain.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan
pilihan ini tekan butang 5 dan 6 serentak
selama lebih kurang 6 saat sehingga ikon
muncul atau hilang pada paparan.
Penggunaan harian
Masukkan pakaian kotor
Buka pintu dengan menarik pemegang pin‐
tu perlahan-lahan ke luar. Masukkan pakai‐
an ke dalam dram, satu persatu, sambil
menggoncang-goncangkannya seberapa
banyak yang mungkin. Tutup pintu.
8 electrolux
Sukat detergen dan pelembut kain
Tarik laci detergen keluar sehingga ia ber‐
henti. Sukat amaun detergen yang diperlu‐
kan, tuangkannya ke dalam petak basuhan
utama
atau ke dalam petak yang sesuai
jika program/pilihan yang dipilih memerlu‐
kannya (lihat perincian lanjut dalam "Laci
dispenser detergen").
Jika diperlukan, tuang pelembut kain ke da‐
lam petak yang bertanda
(amaun yang
digunakan tidak boleh melebihi tanda
"MAX" dalam laci). Tutup laci perlahan-la‐
han.
Pilih program yang dikehendaki dengan
memutarkan cakera pemilih program (1)
Putar cakera pemilih program ke kedudu‐
kan program yang dikehendaki. Mesin ba‐
suh akan mengusulkan suhu dan secara
automatik memilih nilai putaran maksimum
yang diperuntukkan bagi program yang te‐
lah anda pilih. Anda boleh menukar nilai
tersebut dengan mengendalikan butang
yang sepadan. Lampu pandu hijau bagi bu
tang 8 mula berkelip.
Cakera pemilih boleh diputar sama ada me‐
ngikut arah jam atau melawan arah jam.
Putar ke kedudukan " O " untuk menetap‐
kan semula program/Mematikan mesin.
Di akhir program, cakera pemilih hendaklah
diputar ke kedudukan O, untuk mematikan
mesin.
Awas Jika anda memutarkan cakera
pemilih program ke program lain
apabila mesin sedang berjalan, lampu
pandu merah bagi butang 8 akan
berkelip 3 kali dan pesanan Err
dipaparkan untuk menunjukkan
pemilihan yang salah. Mesin tidak akan
menjalankan program yang baru
dipilih.
Butang Pilihan Program
Fungsi yang berlainan boleh digabungkan,
bergantung kepada program. Ia mesti dipi‐
lih selepas memilih program yang dikehen‐
daki dan sebelum menekan butang 8 .
electrolux 9
Pilih suhu dengan menekan butang 2
Dengan memilih program, perkakas men‐
cadangkan suhu lalai secara automatik.
Tekan butang ini berulang kali untuk me‐
naikkan atau menurunkan suhu, jika anda
hendakkan kain anda dibasuh pada suhu
lain.
Kurangkan kelajuan putaran dengan
menekan butang 3
Dengan memilih program, perkakas men‐
cadangkan kelajuan putaran maksimum
yang disediakan untuk program tersebut
secara automatik.
Tekan butang 3 berulang kali untuk menu‐
kar kelajuan putaran, jika anda hendakkan
kain anda diputarkan pada kelajuan lain.
Lampu yang berkenaan akan menyala.
Pilih pilihan yang tersedia dengan menekan
butang 3, 4 dan 5
Bergantung pada program yang dipilih,
fungsi yang berlainan boleh digabungkan
sebelum menekan butang 8 . Dengan
membuat sesuatu pilihan, lampu pandu
yang berkenaan menyala.
Jika pilihan tidak betul dipilih, lampu pandu
bersepadu yang red bagi butang 8 berkelip
3 kali dan mesej Err muncul pada paparan
selama beberapa saat.
Untuk keserasian antara program ba‐
suhan dan pilihan lihat bab "Program
Basuhan".
Pilih bilasan tambahan
Perkakas ini direka bentuk untuk menjimat‐
kan air. Walau bagaimanapun, bagi orang
yang mempunyai kulit terlalu halus (alah
detergen) ia mungkin perlu membilas kain
menggunakan kuantiti air tambahan (Bilas
Tambahan). Untuk mengaktifkan pilihan ini
tekan butang 4 dan 6 serentak selama be‐
berapa saat. Lampu pandu 9 menyala.
Fungsi ini akan tetap hidup. Untuk menge‐
luarkan nya tekan butang 4 dan 6 sekali lagi
sehingga lampu pandu 9 padam.
Pilih Mula Tunda dengan menekan butang
6
Sebelum anda memulakan program, jika
anda hendak menundakan permulaan pro‐
gram, tekan butang 6 berulang kali untuk
memilih tundaan yang dikehendaki. Lampu
pandu yang berkenaan menyala.
Nilai masa tunda yang dipilih (sehingga 20
jam) akan muncul pada paparan selama
beberapa saat, kemudian tempoh program
akan muncul semula.
Anda mesti membuat pilihan ini setelah an‐
da menetapkan program dan sebelum an
da menekan butang 8 .
Anda boleh membatalkan atau mengubah
masa tundaan pada bila-bila masa, sebe‐
lum anda menekan butang 8 .
Memilih permulaan yang ditunda:
1. Pilih programnya dan pilihan yang dike‐
hendaki.
2. Pilih permulaan ditunda dengan mene‐
kan butang 6 .
3. Tekan butang 8 :
mesin mula pengiraan detik masa se‐
tiap jam.
Program akan bermula selepas tunda
yang dipilih telah tamat.
Membatalkan permulaan ditunda setelah
menekan butang 8 :
1. Tetapkan mesin basuh pada JEDA de‐
ngan menekan butang 8 .
2. Tekan butang 6 sekali sehingga simbol
0' dipaparkan
3. Tekan butang 8 sekali lagi untuk memu‐
lakan program.
Penting Penundaan yang dipilih hanya
boleh diubah selepas memilih program
membasuh sekali lagi.
Mula Tunda tidak boleh dipilih bersama pro‐
gram SALIR .
Mulakan program dengan menekan butang
8
Untuk memulakan program yang dipilih, te‐
kan butang 8 , lampu pandu hijau bagi bu‐
tang 8 berhenti berkelip.
Untuk menghentikan program yang sedang
berjalan buat sementara waktu, tekan bu‐
tang 8 : lampu pandu hijau mula berkelip.
Untuk memulakan semula program dari
tempat ia dihentikan, tekan butang 8 sekali
lagi . Jika anda telah memilih mula ditunda‐
kan, mesin akan mula mengira detik. Jika
pilihan tidak betul dipilih, lampu pandu
me‐
rah bagi butang 8 berkelip 3 kali dan mesej
Err dipaparkan selama beberapa saat.
Pilih pilihan Pengurus Masa dengan
menekan butang 10
Dengan menekan butang ini berulang kali,
tempoh kitaran basuh boleh dipanjangkan
10 electrolux
atau dikurangkan. Ikon tahap kekotoran
akan muncul pada paparan untuk menan‐
dakan tahap kekotoran yang dipilih. Pilihan
ini tersedia hanya bersama program Kain
kapas , Sintetik dan Bahan halus .
Tahap Keko‐
toran
Ikon Jenis kain
Bilas Untuk item yang sa‐
ngat kotor
Biasa Untuk item kotoran
biasa
Harian Untuk item kotoran
harian
Program Untuk item yang se‐
dikit kotoran
Pantas Untuk item yang se‐
dikit sangat kotoran
Super Pantas
1)
Bagi item yang digu‐
na atau dipakai un‐
tuk masa yang sing‐
kat
1) Kami mencadangkan anda mengurangkan
saiz muatan (lihat jadual Program basuhan).
Penting Pengurus Masa tidak boleh dipilih
bersama program Ekonomi .
Ketersediaan ikon tahap kotoran bertukar
mengikut jenis fabrik seperti yang ditunjuk‐
kan dalam carta berikut.
Fabrik Tahap Kekotoran
Kapas
95°/90°C X X X X X X
60°C/50°C X X X X X X
40°C X X X X X X
30°C X X X X X X
Sejuk X X X X X X
Sintetik
60°C/50°C X X X X
40°C X X X X
30°C X X X X
Sejuk X X X X
Bahan halus
40°C X X X X
30°C X X X X
Sejuk X X X X
Meminda pilihan atau program yang
sedang berjalan
Menukar beberapa pilihan sebelum pro‐
gram menjalankannya boleh dibuat.
Sebelum anda membuat sebarang peruba‐
han, anda mesti JEDA perkakas dengan
menekan butang 8 (jika anda ingin menukar
pilihan Pengurus Masa, anda mesti mem‐
batalkan program yang berjalan dan mem‐
buat pilihan anda semula).
Menukar program yang berjalan hanya bo‐
leh dilakukan dengan menetapkannya se‐
mula. Putar cakera pemilihan program ke
dan kemudian kepada kedudukan pro‐
gram yang baru. Mulakan program baru de‐
ngan menekan butang 8 sekali lagi. Air ba‐
suhan di dalam tab tidak akan disalirkan.
Menghentikan program sebentar
Tekan butang 8 untuk menghentikan pro‐
gram yang sedang berjalan buat sementara
waktu, lampu pandu hijau yang sepadan
mula berkelip.
Tekan butang sekali lagi untuk memulakan
semula program.
Membatalkan program
Putar cakera pemilih ke kedudukan
un‐
tuk membatalkan program yang sedang
berjalan.
Anda boleh memilih program baru seka
rang.
Membuka pintu
Setelah program bermula (atau pada masa
tunda) pintu terkunci, jika anda perlu mem‐
bukanya, tetapkan mesin pada JEDA terle‐
bih dahulu dengan menekan butang 8 .
Setelah beberapa minit, lampu pandu 9 pa
dam dan pintu boleh dibuka.
Jika lampu pandu ini terus menyala, ini ber‐
makna mesin telah pun mula menjadi pa‐
nas atau tahap air sudah terlalu tinggi. Da‐
lam apa kes pun, jangan cuba paksakan
pintu buka!
Jika anda tidak boleh membuka pintu tetapi
anda perlu membukanya, anda hendaklah
mematikan mesin dengan memutar cakera
pemilih kepada O . Setelah beberapa minit
pintu boleh dibuka (perhatikan paras air
dan suhunya!) .
electrolux 11
Setelah menutup pintu, anda perlu memilih
program dan pilihan sekali lagi dan mene‐
kan butang 8 .
Pada akhir program
Mesin berhenti secara automatik. Tiga
0.00 yang berklip muncul pada paparan
dan lampu pandu butang 8 padam. Bebe‐
rapa bunyi isyarat akustik.
Jika sesuatu program atau pilihan yang ber‐
akhir dengan air yang ditinggalkan dalam
tab telah dipilih, pintu akan tetap terkunci
untuk menandakan air mesti disalirkan se‐
belum membuka pintu.
Ikut arahan di bawah untuk menyalirkan air
keluar;
1. Putar cakera pemilih program ke O .
2. Pilih program saliran atau putaran.
3. Kurangkan kelajuan putaran jika diper‐
lukan dengan menekan butang yang
berkenaan.
4. Tekan butang 8 .
Pada akhir program, pintu dilepaskan dan
boleh dibuka. Putar cakera pemilih program
ke kedudukan O untuk mematikan mesin.
Keluarkan pakaian dari dalam dram dan pe‐
riksa dengan berhati bahawa dramnya ko‐
song. Jika anda tidak berhasrat untuk mem‐
basuh lagi, tutup pilih air. Biarkan pintu ter‐
buka untuk mengelakkan daripada pem‐
bentukan kulapuk dan bau yang tidak me‐
nyenangkan.
Siap Sedia : Jika kain anda tidak dikeluar‐
kan dalam masa 10 minit setelah program
tamat, lampu belakang paparan dimatikan
dan sistem penjimatan tenaga akan dida‐
yakan. Hanya lampu pandu 8 berkelip un‐
tuk menandakan perkakas mesti dimatikan.
Dengan menekan sebarang butang perka‐
kas akan keluar daripada status penjimatan
tenaga dan anda boleh menetapkan pro‐
gram lain atau mematikan perkakas.
Penggunaan - Pengeringan
Pengeringan sahaja
Saiz muatan yang disyorkan ialah 3,5 kg
untuk kain kapas dan linen, dan 2 kg untuk
item sintetik.
Nota! Boleh juga untuk mengeringkan se‐
hingga 5 kg daripada item kapas (lihat ja‐
dual "Program Pengeringan").
Pili air mestilah dibuka dan hos saliran mes‐
ti diletakkan dalam sink atau disambungkan
ke paip saliran.
1. Muatkan kain kotor.
2. Pilih kitaran putaran pada kelajuan mak‐
simum yang dibenarkan untuk jenis kain
bagi mendapatkan prestasi pengeri‐
ngan yang terbaik.
3. Pilih program pengeringan untuk Kain
kapas atau Sintetik dalam sektor Pe‐
ngeringan pada cakera pemilih pro‐
gram.
4. Jika anda mahu memilih pengeringan
elektronik, tekan butang 4 sehingga
lampu pandu yang sepadan dengan
darjah kekeringan yang dikehendaki
menyala.
5. Jika anda mahu memilih pengeringan
yang bermasa, tekan butang 5 sehingga
masa yang anda mahukan muncul pada
paparan (lihat jadual "Program Penge‐
ringan"). Setiap kali anda menekan bu
tang ini, masa pengeringan meningkat
sebanyak 5 minit.
Nota!
Masa program akan dinaikkan seba
nyak beberapa minit secara automatik.
6. Tekan butang 8 untuk memulakan pro‐
gram.
Selepas program dimulakan, baki masa
dikemas kini setiap minit.
Nota!
Jenis kain kapas yang berlainan (tuala,
cadar, kemeja dan seterusnya) atau se‐
barang item kain yang tergulung sema‐
sa fasa putaran boleh menyebabkan
pengeringan separa. Dalam kes luar bi‐
asa di akhir kitaran di mana masih ter‐
dapat kain yang basah sedikit, kami
mencadangkan anda membuka item
yang tergulung, mengagihkannya se‐
mula dengan seimbang dalam dram
dan memilih kitaran pengeringan tam
bahan selama 20-30 minit.
7. Di akhir program, pembaz berbunyi dan
tiga "0.00" yang berkelip muncul pada
paparan.
10 minit terakhir kitaran pengeringan
sepadan dengan fasa anti kedut. Ketika
ini pintu dikunci dan paparan terus me‐
12 electrolux
nunjukkan tiga sifar "0.00" yang berke‐
lip.
Nota!
Jika anda hendak membuka pintu se‐
belum atau semasa fasa anti kedut atau
untuk menghentikannya, tekan seba‐
rang butang atau putar cakera pemilih
ke sebarang kedudukan program (ke‐
cuali O ), pintuk akan terbuka selepas
beberapa minit.
8. Putar cakera pemilih program ke kedu‐
dukan "O" untuk mematikan mesin.
9. Keluarkan pakaian.
Pembasuhan dan pengering automatik
(program TANPA HENTI)
Untuk program TANPA HENTI, saiz mua‐
tan yang disyorkan ialah 3,5 kg untuk kain
kapas dan 2 kg untuk sintetik.
Nota! Boleh juga untuk mengeringkan se‐
hingga 5 kg daripada item kapas (lihat ja‐
dual "Program Pengeringan").
Jangan gunakan peranti/bebola dos apabi‐
la menjalankan program pembasuhan &
pengeringan.
1. Muatkan kain kotor.
2. Tambah detergen dan pelembut kain.
3. Hidupkan mesin dengan memutarkan
cakera pemilih kepada program/fabrik
basuhan yang dipilih.
4. Pilih opsyen yang diperlukan dengan
menekan butang yang berkenaan.
Nota!
Jika boleh, jangan pilih kelajuan putaran
yang lebih rendah daripada yang diu‐
sulkan oleh perkakas untuk mengelak‐
kan masa pengeringan yang terlalu la‐
ma dengan itu menjimatkan tenaga.
Walau bagaimanapun pengurangan ke‐
lajuan putaran hanya boleh dilakukan
selepas memilih pengeringan.
Nilai terendah yang anda boleh pilih
adalah seperti berikut:
- 900 r.p.m. untuk kain kapas dan 700
r.p.m. untuk kain sintetik dengan penge‐
ringan bermasa
5. Pilih masa pengeringan dengan mene‐
kan butang 5 atau darjah kekeringan
dengan menekan butang 4 . Paparan
menunjukkan tempoh keseluruhan kita‐
ran pembasuhan dan pengeringan yang
dipilih.
6. Mulakan program dengan menekan bu‐
tang 8 . Selepas program dimulakan,
baki masa dikemas kini setiap minit.
7. Di akhir program putar cakera pemilih
ke kedudukan O untuk mematikan me‐
sin.
8. Keluarkan pakaian.
Petua berguna
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada setiap label
pakaian dan arahan basuh pengilang. Isih
pakaian seperti berikut: putih, berwarna,
sintetik, bahan halus, bahan wul.
Suhu
95° atau 90°
bagi kain kapas dan linen yang
kotor biasa (contohnya alas
meja teh, tuala, alas meja, ca‐
dar...)
60°/50°
bagi pakaian kain berwarna ta‐
han luntur yang biasa kotoran‐
nya (contohnya kemeja, pakai‐
an tidur, baju tidur...) daripada
linen, kain kapas atau gentian
sintetik dan bagi kain kapas
putih yang ringan kotoran (cth.
pakaian dalam)
40°-30°- Se‐
juk
bagi item halus (cth. langsir
net), pakaian bercampur ter‐
masuk gentian sintetik dan wul
dengan label "wul baru tulen,
boleh dibasuh mesin, tidak
mengecut"
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan basuh pakaian putih dan berwarna
bersama-sama. Pakaian putih boleh kehi‐
langan "keputihannya" dalam cucian.
Bahan berwarna yang baru mungkin luntur
ketika dibasuh buat kali pertama; pakaian
tersebut hendaklah dibasuh berasingan pa‐
da kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal
di dalam pakaian (contohnya penyepit ram‐
but, pin, jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cang
kuk dan butang ketap. Ikatkan tali pinggang
atau pita yang panjang.
electrolux 13
Hapuskan tanda kotor yang degil sebelum
membasuh.
Bahagian yang sangat kotor hendaklah di‐
gosokkan dengan detergen khas atau pes
detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan
cermat. Tanggalkan cangkuk atau ikatkan
di dalam kantung atau jaring.
Beban maksimum
Beban yang disarankan dinyatakan dalam
carta program pembasuhan.
Peraturan umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak ter‐
lalu padat;
Sintetik: dram tidak lebih daripada sepa‐
ruh penuh;
Fabrik halus dan wul: dram tidak lebih
daripada sepertiga penuh.
Membasuh pakaian dengan beban maksi‐
mum menghasilkan penggunaan air dan te‐
naga yang paling cekap.
Bagi pakaian yang sangat kotor, kurangkan
saiz muatan.
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan:
Berat berikut boleh dijadikan panduan:
jubah mandi 1200 g
sarung kuilt 700 g
kemeja kerja lelaki 600 g
cadar, baju tidur lelaki 500 g
alas meja 250 g
sarung bantal, kain tuala, pa‐
kaian malam, kemeja lelaki
200 g
alas meja teh, seluar dalam
wanita, napkin, blaus, seluar
dalam lelaki
100 g
Menghapus tanda kotor
Tanda kotoran yang degil mungkin tidak da‐
pat dihapuskan hanya dengan air dan de‐
tergen. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk
merawatnya terlebih dahulu sebelum mem‐
basuh.
Darah: bersihkan kotoran yang masih baru
dengan air sejuk. Bagi kotoran yang sudah
kering, rendam semalaman dalam air de
ngan detergen khas, kemudian gosok de‐
ngan sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan de‐
ngan bahan penghapus kotoran benzin,
bentangkan di atas kain lembut dan pedab‐
kan kotoran tersebut; lakukan beberapa ka‐
li.
Tanda gris yang telah kering: lembapkan
dengan turpentin, bentangkan pakaian ter‐
sebut di atas permukaan yang lembut dan
pedabkan tanda kotoran dengan hujung jari
dan sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air pa‐
nas atau produk penghapus karat diguna‐
kan ketika sejuk. Berhati-hati dengan tanda
karat yang sudah lama kerana struktur se‐
lulosanya telah pun rosak dan kain tersebut
mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan peluntur, bi‐
las dengan baik (kain putih dan kain ber‐
warna tahan luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan bersihkan
dengan peluntur (kain putih dan kain ber‐
warna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan de
ngan aseton
1)
, bentangkan pakaian terse‐
but di atas kain lembut dan pedapkan tanda
kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton seperti di
atas, kemudian bersihkan tanda kotoran
dengan spirit bermetil. Bersihkan sebarang
sisa tanda dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan deter‐
gen, bilas dan rawat dengan asid asetik
atau sitrik, kemudian bilas. Rawat sebarang
sisa tanda dengan peluntur.
Dakwat: bergantung kepada jenis dakwat,
lembapkan kain terlebih dahulu dengan
aseton
1)
, kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sisa tanda pada kain putih de‐
ngan peluntur dan kemudian bilas dengan
sebersih-bersihnya.
Tanda tar: bersihkan dengan penghapus
tanda kotoran dahulu, spirit bermetil atau
benzin, kemudian gosokkannya dengan
pes detergen.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang baik juga bergantung ke‐
pada pemilihan detergen dan penggunaan
jumlah detergen yang betul untuk menge‐
lakkan pembaziran dan melindungi alam
sekitar.
Meskipun detergen adalah biorosot, ia me‐
ngandungi bahan yang, dalam jumlah be‐
sar, boleh menjejaskan keseimbangan
alam.
1) jangan gunakan aseton pada sutera buatan
14 electrolux
Pemilihan detergen akan bergantung kepa‐
da jenis kain (bahan halus, wul, kapas,
dsb), warna, suhu cucian dan takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa
didapati boleh digunakan pada perkakas
ini:
detergen serbuk bagi semua jenis kain
detergen serbuk bagi kain halus (60°C
maks) dan bahan wul
detergen cecair, sebaiknya bagi program
basuh suhu rendah (60°C maks) bagi se‐
mua jenis kain, atau khas bagi bahan wul
sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisi‐
kan ke dalam petak yang sesuai di laci dis‐
penser sebelum memulakan program ba‐
suh.
Jika menggunakan detergen cecair, pro‐
gram tanpa prabasuh mesti dipilih.
Perkakas ini menggabungkan sistem per‐
edaran semula yang membolehkan peng
gunaan optimum detergen pekat.
Patuhi saranan pengilang produk menge‐
nai jumlah untuk digunakan dan jangan
melebihi tanda "MAX" dalam laci dispenser
detergen .
Darjah kesadahan air
Kesadahan air diklasifikasikan menurut apa
yang disebut "takat" kesadahan. Maklumat
mengenai kesadahan air di kawasan anda
boleh didapati dari syarikat bekalan air
yang berkenaan, atau dari pihak berkuasa
tempatan anda.
Pelembut air mesti ditambah apabila
air mempunyai darjah kesadahan yang
sederhana-tinggi(daripada kesadahan
air II). Ikut arahan pengilang. Kuantiti
detergen boleh seterusnya dilaraskan
hingga ke tahap kesadahan I (= lem‐
but).
Tahap Sifat
Darjah kesadahan air
Jerman
°dH
Perancis
°T.H.
1 lembut 0-7 0-15
2 sederha‐
na
8-14 16-25
3 sadah 15-21 26-37
4 sangat sa‐
dah
> 21 > 37
Petua Pengeringan
Menyediakan kitaran pengeringan
Sebagai pengering, perkakas ini berfungsi
dengan menggunakan prinsip kondensasi.
Oleh itu, pili air mesti dibuka dan hos saliran
mesti menyalirkan air ke dalam sink atau
paip saliran, walaupun semasa kitaran pe‐
ngeringan.
Perhatian!
Sebelum memulakan program pengeri‐
ngan, kurangkan muatan pakaian yang di‐
basuh, untuk mendapat prestasi yang baik.
Pakaian yang tidak sesuai dikeringkan
Bahan yang sangat halus seperti langsir
sintetik, bahan wul dan sutera, pakaian
yang mengandungi bahan logam, stokin
nilon, pakaian tebal seperti anorak, alas
katil, beg tidur dan duvet tidak boleh di‐
keringkan di dalam mesin ini.
Elak daripada mengeringkan pakaian ge‐
lap dengan item berbulu berwarna cerah
seperti tuala kerana ia boleh menarik be‐
bulu tersebut.
Keluarkan pakaian apabila perkakas te‐
lah selesai pengeringan.
Untuk mengelak daripada cas statik apa‐
bila pengeringan telah selesai, guna sa‐
ma ada pelembut fabrik semasa memba‐
suh pakaian atau perapi fabrik khusus
untuk mesin pengering.
Pakaian yang berlapik dengan getah bu‐
sa atau bahan yang serupa dengan ge‐
tah busa tidak boleh dikeringkan di dalam
mesin ini; ia boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
Begitu juga dengan kain yang mengan‐
dungi sisa losyen mengeset atau sembu‐
ran rambut, pelarut warna kuku atau la
rutan serupa tidak boleh dikeringkan di
dalam mesin, demi mengelakkan terben‐
tuknya wap yang berbahaya.
electrolux 15
Detergen dan perapi tambahan mesti diisi‐
kan ke dalam petak yang sesuai di laci dis‐
penser sebelum memulakan program ba‐
suh.
Jika menggunakan detergen cecair, pro‐
gram tanpa prabasuh mesti dipilih.
Perkakas anda ini menggabungkan sistem
peredaran semula yang membolehkan
penggunaan optimum detergen pekat.
Patuhi saranan pengilang produk menge‐
nai jumlah untuk digunakan dan jangan
melebihi tanda "MAX" dalam laci dispenser
detergen .
Label pakaian
Untuk pengeringan, ikut penunjuk yang di‐
beri pada label pengilang:
= Boleh dikering balik kuang
= Mengering pada suhu tinggi
= Mengering pada suhu diturunkan
= Jangan keringkan balik kuang.
Semasa tempoh kitaran
Masa pengeringan mungkin berbeza ber‐
gantung kepada:
kelajuan putaran terakhir
takat pengeringan diperlukan (kering se‐
terika, kering simpan)
jenis pakaian
berat saiz muatan.
Masa pengeringan purata bagi pengeri‐
ngan bermasa ditunjukkan dalam bab "Pro‐
gram pengeringan". Pengalaman ini akan
membantu anda mengeringkan pakaian
anda dengan cara yang lebih sesuai, me‐
ngikut fabrik berlainan. Ambil perhatian ter‐
hadap tempoh masa pengeringan bagi ki‐
taran yang telah dijalankan.
Pengeringan tambahan
Jika pakaian masih lembap di akhir pro‐
gram pengeringan, pilih kitaran pengeri‐
ngan yang pendek sekali lagi.
Amaran Jangan terlebih keringkan
pakaian untuk mengelakkan daripada
kedutan fabrik atau pengecutan kain.
Program membasuh
Program
Suhu Maksimum dan Minimum
Perihalan Kitaran
Kelajuan Putaran Maksimum
Muatan Fabrik Maksimum
Jenis pakaian
Pilihan
Detergen
Petak
KAPAS
90°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 1200 rpm
Muatan maksimum 7 kg - Merah. muatan 3,5 kg
1)
Untuk [putih dan kain kapas berwarna (item kotoran
biasa).
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
TIME MANAGER
KAPAS DENGAN PRABASUH
90°-Sejuk
Prabasuh - Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 1200 rpm
Muatan maksimum 7 kg - Merah. muatan 3,5 kg
1)
Untuk putih atau kain kapas berwarna dengan fasa
prabasuh (item sangat kotor).
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
TIME MANAGER
2)
SINTETIK
60°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 900 rpm
Muatan maksimum 3,5 kg - Merah. muatan 1,5 kg
1)
Sintetik atau fabrik campuran: pakaian dalam, pakai‐
an berwarna, kemeja tidak mengecut, blaus.
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
TIME MANAGER
16 electrolux
Program
Suhu Maksimum dan Minimum
Perihalan Kitaran
Kelajuan Putaran Maksimum
Muatan Fabrik Maksimum
Jenis pakaian
Pilihan
Detergen
Petak
BAHAN HALUS
40°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 700 rpm
Kg. muatan maks 3,5 - kg muatan dikurangkan 1,5
1)
Fabrik halus: akrilik, viskos, poliester.
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
TIME MANAGER
SINTETIK MUDAH SETERIKA
60°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 900 rpm
Muatan maks. 1 kg
Apabila butang ini dipilih cucian akan dibasuh dan di‐
putar dengan lembut untuk menghindarkan daripada
kedutan. Cara ini memudahkan anda untuk menyete‐
rikanya. Lagi pun mesin akan menjalankan bilasan
tambahan.
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
PUTAR
Salir dan putaran panjang
Kelajuan putaran maksimum 1200 rpm
Muatan maks. 7 kg
Putaran berasingan bagi pakaian yang dibasuh de‐
ngan tangan dan setelah program dengan pilihan Ta‐
han Bilas dan Kitaran Malam dipilih. Anda boleh me‐
milih kelajuan putaran dengan menekan butang yang
berkenaan untuk menyesuaikannya dengan fabrik
yang hendak diputarkan.
PUTAR
SALIR
Penyaliran air
Muatan maks. 7 kg
Untuk menyalirkan keluar air bilasan terakhir dalam
program dengan pilihan Tahan Bilas dan Kitaran
Malam dipilih.
BILASAN
Bilas
Kelajuan putaran maksimum 1200 rpm
Muatan maks. 7 kg
Dengan program ini anda boleh membilas dan me‐
mutar pakaian kapas yang telah dibasuh dengan ta‐
ngan. Mesin menjalankan 3 bilasan, diikuti dengan
putaran terakhir yang panjang. Kelajuan putaran bo
leh dikurangkan.
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
SUTERA
30°
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 700 rpm
Muatan maks. 1 kg
Program pembasuhan halus sesuai untuk sutera dan
item sintetik campuran.
PUTAR
TAHAN BILAS
electrolux 17
Program
Suhu Maksimum dan Minimum
Perihalan Kitaran
Kelajuan Putaran Maksimum
Muatan Fabrik Maksimum
Jenis pakaian
Pilihan
Detergen
Petak
BASUHAN TANGAN
40°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 900 rpm
Muatan maks. 2 kg
Program khas untuk fabrik halus dengan simbol jaga‐
an "basuhan tangan"
PUTAR
TAHAN BILAS
WUL
40°-Sejuk
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 900 rpm
Muatan maks. 2 kg
Program pembasuhan untuk wul boleh dibasuh mesin
dan juga wul basuh tangan serta fabrik halus.
Nota! Satu item atau item besar boleh menyebabkan
ketidakseimbangan. Jika perkakas tidak menjalankan
fasa putaran terakhir, tambah lagi item, agihkan se‐
mula muatan secara manual dan kemudian pilih pro‐
gram putaran.
PUTAR
TAHAN BILAS
KAPAS EKONOMI
90°-40°
Basuh utama - Bilasan
Kelajuan putaran maksimum 1200 rpm
Muatan maks. 7 kg
Kain kapas putih dan warna tidak luntur .
Program ini boleh dipilih untuk item kapas yang kotor
sedikit atau kotor biasa. Suhu akan dikurangkan dan
masa pembasuhan akan dilanjutkan. Ini memboleh‐
kan pembasuhan yang tinggi kecekapan dicapai de‐
ngan itu menjimatkan tenaga.
PUTAR
TAHAN BILAS
BILAS TAMBAHAN
O = MATI
Untuk membatalkan program yang sedang berjalan
atau untuk mematikan mesin.
SINTETIK KERING
Program pengeringan sintetik. Ia boleh digunakan de‐
ngan pengeringan bermasa atau dengan pengeri‐
ngan automatik (takat pengeringan: kering almari, ke‐
ring seterika).
KAPAS KERING
Program pengeringan sintetik. Ia boleh digunakan de‐
ngan pengeringan bermasa atau dengan pengeri‐
ngan automatik (takat pengeringan: kering almari, ke‐
ring seterika).
1) Jika anda memilih pilihan Super Pantas dengan menekan butang 10 , kami mencadangkan anda
mengurangkan muatan maksimum seperti yang ditunjukkan. (Red. load = muatan dikurangkan).
Muatan penuh boleh dibuat namun dengan hasil kebersihan yang agak berkurangan.
2) Jika menggunakan detergen cecair, program tanpa PRABASUH mesti dipilih.
18 electrolux
Program Pengeringan
Takat Pengeringan Jenis Fabrik
Muatan
Maks
Kelajuan
Putaran
Masa pe‐
ngeringan
dicadangkan
dalam Min
Sempurna untuk bahan tuala
Kapas dan linen (ju
bah mandi, tuala
mandi, dsb)
5 kg
3,5 kg
1,5 kg
1200
195-215
105-115
55-65
Sesuai bagi bahan yang disim
pan tanpa diseterika
Kapas dan linen (ju
bah mandi, tuala
mandi, dsb)
5 kg
3,5 kg
1,5 kg
1200
185-205
95-105
45-55
Sesuai bagi bahan yang disim
pan tanpa diseterika
Sintetik dan fabrik
campuran
2 kg
1 kg
900
70-80
35-45
Sesuai untuk penyeterikaan
Kapas dan linen
(cadar, alas meja,
kemeja, dsb.)
5 kg
3,5 kg
1,5 kg
1200
155-175
75-85
40-50
Penjagaan dan pembersihan
Amaran Anda mesti memutuskan
sambungan perkakas daripada
bekalan elektrik, sebelum anda boleh
menjalankan apa-apa pembersihan
atau kerja penyelenggaraan.
Membuang kerak
Air yang biasa kita gunakan mengandungi
kapur. Adalah menjadi idea yang baik untuk
kadang kala menggunakan serbuk pelem
but air dalam mesin. Lakukan ini secara be‐
rasingan daripada pembasuhan pakaian
dan menurut arahan pengilang serbuk pe‐
lembut. Ini akan membantu mencegah
pembentukan mendapan kapur.
Setelah setiap basuhan
Biarkan pintu terbuka sebentar. Ini mem‐
bantu mencegah kulat dan bau lembap
yang terbentuk di dalam perkakas. Mem‐
biarkan pintu terbuka selepas pembasuhan
juga akan membantu memelihara kedap
pintu.
Pembasuhan penyelenggaraan
Dengan penggunaan pembasuhan suhu
rendah ada kemungkinan sisa termendap
di dalam dram.
Kami menyarankan pembasuhan penye‐
lenggaraan dijalankan secara tetap.
Untuk menjalankan pembasuhan penye‐
lenggaraan:
Dram hendaklah kosong daripada pakai‐
an.
Pilih program pembasuhan kapas yang
paling panas.
Gunakan sukatan biasa detergen, ia
mesti serbuk yang mempunyai sifat bio‐
logi.
Membersihkan Bahagian Luar Mesin
Bersihkan badan luar perkakas dengan sa‐
bun dan air sahaja, dan keringkan dengan
teliti.
Penting jangan gunakan spirit bermetil,
pelarut atau produk yang serupa untuk
membersihkan badan mesin.
Membersihkan laci dispenser
Laci dispenser detergen hendaklah diber‐
sihkan secara tetap.
1. Keluarkan laci dispenser detergen de‐
ngan menariknya dengan kukuh. Ke‐
luarkan sebarang kesan serbuk yang te‐
lah terlonggok. Untuk memudahkan
pembersihan, bahagian atas petak ba‐
han tambahan hendaklah dikeluarkan.
electrolux 19
2. Keluarkan sisipan perapi dari petak
yang sewajarnya.
3. Bersihkan semua bahagian dengan air.
4. Masukkan sisipan perapi sejauh mung‐
kin ke dalam supaya ia terletak dengan
kukuh pada tempatnya
5. Bersihkan semua bahagian mesin, te‐
rutamanya muncung di bahagian atas
ruang pembasuhan dengan berus.
6. Masukkan laci dispenser detergen di
dalam rel adang dan tolaknya ke dalam.
Dram pembasuhan
Mendapan karat dalam dram boleh terjadi
disebabkan benda asing yang berkarat da‐
lam basuhan atau air paip yang mengan‐
dungi besi.
Penting Jangan bersihkan dram dengan
agen membuang kerak berasid, agen
penyental yang mengandungi klorin atau
besi atau sabut keluli.
1. Keluarkan sebarang mendapan karat
pada dram dengan agen pembersih un‐
tuk keluli tahan karat.
2. Jalankan kitaran pembasuhan tanpa se‐
barang basuhan untuk membersihkan
sebarang sisa agen pembersih.
Program: Program Kapas Ringkas pada
suhu maksimum dan tambah lebih ku‐
rang 1/4 cawan penyukat detergen.
Kedap pintu
Periksa kedap pintu dari semasa ke sema‐
sa dan keluarkan sebarang objek yang
mungkin terperangkap di pelipatannya.
20 electrolux
  • Page 1 1
  • Page 2 2
  • Page 3 3
  • Page 4 4
  • Page 5 5
  • Page 6 6
  • Page 7 7
  • Page 8 8
  • Page 9 9
  • Page 10 10
  • Page 11 11
  • Page 12 12
  • Page 13 13
  • Page 14 14
  • Page 15 15
  • Page 16 16
  • Page 17 17
  • Page 18 18
  • Page 19 19
  • Page 20 20
  • Page 21 21
  • Page 22 22
  • Page 23 23
  • Page 24 24
  • Page 25 25
  • Page 26 26
  • Page 27 27
  • Page 28 28
  • Page 29 29
  • Page 30 30
  • Page 31 31
  • Page 32 32

Electrolux EWW12580W Benutzerhandbuch

Typ
Benutzerhandbuch